|
|
|
KISAS dalam
Berita... "KISAS: Calon
Sekolah Harapan Negara 2006" |
Hari Kecemerlangan SBP Ke-34 Tahun 2007,
ArifinLatif melapor.... |
KOTA
TINGGI, 29/5/2007 - KISAS
telah turut bertanding dalam beberapa acara dalam Hari
Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) kali ke-34 Tahun 2007
di SMS
Kota Tinggi, Johor dari 26-31/5/2007. Kemuncak sambutan berlangsung pada Majlis
Malam Anugerah Cemerlang pada 29/5/2007.
Mantan Pelajar KISAS, Muhamad Afiq Mu'iz Arifin
(kiri) menerima Anugerah 'Full Colour' SBP 2006 pada
majlis tersebut. Beliau telah berjaya mengulangi kejayaan KISAS
sebelum ini, iaitu yang pernah dicapai oleh seniornya, Sdra Mohammad
Fiqri Mohamad, pada tahun 2005. Kedua-dua mereka
juga pernah belajar di SAMBEST (semasa menengah bawah). |
................................................................................................ |
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2006,
ArifinLatif
melapor.... |
<< Puan Hjjh Noor Jehan (ArifinLatifpic,
14/4/2007)
KLANG, 14/4/2007 - KISAS dengan sokongan
padu PIBGnya kali ini memberi pengiktirafan kepada semua pihak yang
telah menyumbang ke arah pencapaian yang cemerlang dalam
akademik 2006.... [Petikan ucapan
perasmian].
Prestasi yang memberangsangkan ini
turut disentuh oleh tetamu kehormat, Puan Hjjh Noor Jehan binti
Bapoo Hashim, Pengarah Bahagian Sekolah, MOE semasa ucapan perasmian
beliau dalam Majlis Anugerah
Kecemerlangan Akademik 2006. |
<< Muhamad Afiq Mu'iz (ArifinLatifpic, 14/4/2007)
Antara mantan pelajar-pelajar yang mengungguli
anugerah utama ialah dua Pelajar Terbilang Peringkat
Kebangsaan: Muhamad Afiq Mu'iz Arifin
(SPM) dan Sharafuddin Sahrin
(STPM); manakala dua lagi dianugerah sebagai
Pelajar Gemilang: Ahmad Syahmi Yahya
(SKK) dan Mohd Fadeer Mohd Pauzi (STAM).
Ahmad Hafiz Mohd pula
menerima Anugerah Pelajar Contoh. Syabas kepada semua
adik/anak yang berjaya dengan cemerlangnya [Sila lihat Biodata Pelajar
Cemerlang].
Tidak ketinggalan para guru turut
diberi penghargaan dengan berbagai Anugerah PANITIA
Cemerlang justeru tanpa usaha gigih mereka tidak mungkin akan
menghasilkan mutiara yang bergemerlapan di KISAS
ini. |
................................................................................................ |
Pelajar KISAS turut dipanggil untuk
Temuduga PILN 2006, ArifinLatif
melapor.... |
PUTRAJAYA, 5/4/2007 - Ramai juga bekas
pelajar-pelajar KISAS antara mereka yang telah dipanggil untuk
ditemuduga bagi Biasiswa JPA (di bawah Program PILN
2006) di seluruh negara dari 3-6/4/2007. Syukur
Alhamdulillah ~ semoga kesemua calon KISAS berjaya dipilih nanti,
InsyAllah.
Sebelum itu calon-calon Biasiswa JPA dalam bidang
pengajian Perubatan dan Perubatan Timur Tengah telah juga mengikuti
'Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor' di
hospital seluruh negara dari 27-29/3/2007. |
................................................................................................ |
KISAS terpilih di antara 30 sekolah kluster
pertama, ArifinLatif
melapor.... |
KLANG, 30/3/2007 - KISAS adalah di antara
30 sekolah/kolej terkemuka dari seluruh negara yang telah dipilih
sebagai sekolah kluster perintis. Ini adalah merupakan salah
satu usaha terbaru Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan lagi
kecemerlangan pelajaran di Malaysia.
Menurut Pengetua, Tuan
Hj Mohamad bin Awang, antara lainnya "KISAS akan giat berusaha untuk
mengantarabangsakan (internationalisation) pelajarnya dengan
Timur Tengah dan Brunei". |
................................................................................................ |
4 Pelajar KISAS terima Anugerah
Cemerlang Peringkat Negeri Selangor, ArifinLatif
melapor.... |
SHAH ALAM, 28/3/2007 - Empat orang
pelajar KISAS antara penerima Anugerah Pelajar Cemerlang peringkat
Negeri Selangor telah menerima anugerah dan sijil mereka daripada
Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo, dalam satu
Majlis Kecemerlangan Pelajaran Selangor 2006 yang
diraikan di Dewan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.
Antara yang menerima Anugerah
Pelajar Cemerlang Emas ialah Sharafuddin Sahrin
(STPM), Muhamad
Afiq Mu'iz Arifin (SPM) dan Mohd Fadeer
Mohd Pauzi (STAM). Syabas kepada
adik-adik/anak-anak yang berjaya dengan
cemerlangnya. |
................................................................................................ |
Trend indication of
the Smart School initiative, a flagship
application of the MSC
Malaysia |
<<
SundaySTARpic (25/3/2007)
Advertorial:
Getting smarter with Smart Schools, Sunday
STAR, 25/3/2007
This independent approach to learning was
also a preference of Muhamad Afiq Mu'iz Arifin and Madihah Abu
Kassim, itwo of three KISAS students who scored
12A1s.
|
<<
Mingguanpic
(25/3/2007)
Advertorial:
Menjadi lebih bijak dengan Sekolah Bestari, Mingguan Malaysia, 25/3/2007
Pendekatan
berdikari dalam pembelajaran ini tueut digemari oleh Muhamad Afiq
Mu'iz Arifin serta Madihah Abu Kassim, iaitu dua daripada tiga
pelajar KISAS yang mendapat 12A1. |
................................................................................................ |
MESYUARAT AGONG PIBG KISAS
KE-32... Barisan AJK PIBG KISAS 2007 bertambah
mantap.... |
KLANG, 24/3/2007 - Arifin
Latif melapor.....
Buat
julung kalinya dalam sejarah KISAS, Mesyuarat Agong PIBG
KISAS berlarutan sehingga jam 2:30 petang! Ianya padat
dengan berbagai usul yang bernas diperbincangkan dengan hangat
sekali. Alhamdulillah, ini menunjukkan keprihatinan yang
membanggakan. Ibubapa dan guru-guru begitu serius dan ini
mencerminkan keinginan semua pihak bagi menjamin prestasi KISAS
terus meningkat - semoga dari kecemerlangan (excellence)
dapat meneruskan prestasi ke arah kegemilangan (distinction)
dan tahap yang terbilang (glory), InsyAllah.
Tuan Hj
Megat bersama kesemua AJK 2006, kecuali empat AJK yang perlu menarik
diri (anak-anak telah tamat pengajian di KISAS), telah dilantik
semula untuk terus menerajui barisan 2007. Empat Profesor/pensyarah adalah di antara yang
terpilih untuk mengganggotai barisan AJK PIBG Kolej Islam kali
ini.
Mantan Ketua Biro
Komunikasi/Jalinan, Sdra Arifin Latif (bapa kpd pelajar terbaik SPM
2006 KISAS) yang ingin mengundur diri turut dilantik - pertama kali
dalam sejarah PIBG KISAS - atas dasar sumbangan kepakaran ICTnya
masih diperlukan. |
Bil. |
Jawatan |
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. |
YDP Pengetua
(ex-officio) Timbalan YDP S/U Kehormat Timb.
S/U Bendahari Kehormat PK KOKU PK HEM |
Hj Megat Iskandar M Ahamad
Sufian Hj Mohamad Awang Prof Madya Dr Ahmad Faris
Ismail Hamzani Suien Misyati Amat Sehab Salina
Salman Noorlida Zainul Abdullah Hassan |
|
Jawatankuasa
IbuBapa |
|
|
Arifin Abdul Latif Dr
Ezani Yaakub Za'asmail Zahari Hj Nasir Desa Hj Abdullah
Muhammad Hj Shahidan Hj Shafie Dr Zaid Mohammad |
|
Jawatankuasa
Guru |
|
|
Salma Man Mohammad
Maliki Hj Ali Zamri Shah Ibarahim Abdul Rashid
Zainal Muhammad Fairuz Nasir |
|
Juru Audit
|
Nor Bakhiah Johari Hj
Sharudin Hj Jaafar |
...........................................................................
pergi ke ms
2 |
|
|
|
|